REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 20, 2011

FELDA Maju Di Bawah Ketelusan Pakatan

Pakatan Rakyat akan membuktikan keseriusan mereka bagi memenuhi ikrar Buku Jingga bahawa Felda Plantations Sdn Bhd akan dibubarkan dalam tempoh 100 hari Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Sebagai gantinya tanah perladangan seluas 367,000 hektar milik Felda akan diagihkan kepada sekurang-kurang 79,000 anak-anak generasi kedua bawah Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata NGO itu bersedia menjalankan pendaftaran bulan depan bagi menyaring permohonan anggotanya untuk mendapatkan tanah.

"Kami sedar proses saringan mungkin mengambil masa, jadi kami akan edarkan borang permohonan pada perhimpunan kami 28 Mei ini dan membuat saringan selepas itu.

"Kami akan bekerjawasama jawatankuasa kemajuan kampung (JKKK), agensi parti (komponen Pakatan) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk memungut permohonan dan melakukan saringan,” kata Mazlan pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, anak-anak peneroka di bawah lingkungan pendapatan tertentu dan bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah apabila mereka bersara yang menyertai skim itu akan diberikan keutamaan.

"Jika kita beri 10 ekar setiap orang, sekitar 79,000 orang akan mendapat faedah tetapi kita sedang mempertimbangkan memberi lima ekar kepada setiap orang supaya lebih ramai dapat memiliki tanah,” kata Mazlan.

Beliau juga berkata ANAK akan mencadangkan kepada Pakatan supaya memasukkan dalam manifestonya bahawa semua hutang oleh peneroka kerana kos menanam semula melalui Felda dimansuhkan.

"Beberapa bulan lalu, seorang lelaki di Negeri Sembilan menunjukkan kepada saya bahawa hutangnya telah bertambah kepada RM95,000... ini sesuatu yang membebankan," katanya.

~MK~

No comments: