REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 1, 2011

BumNgok Sedang Sembelih Rakyat Hidup-Hidup

Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) kesal dengan langkah kerajaan menaikkan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12% mulai Jun 2011 meskipun dalam tekanan inflasi yang semakin mendesak.

KPRU berpendapat kenaikan itu membebankan pengguna dan majoriti rakyat berpendapatan rendah di negara ini, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat korporat besar menerusi dasar kerajaan yang berat sebelah.

“Pengurangan subsidi rakyat sewajarnya dilaksanakan selepas kerajaan menilai dan merunding semula perjanjian yang memberikan subsidi ‘luar biasa’ kepada korporat besar, antaranya termasuk perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Penjana Tenaga Swasta (IPP) yang memberikan subsidi sebanyak RM22 billion setahun.

“Jika tidak, langkah kenaikan kos kehidupan rakyat tersebut bukan sahaja akan mewujudkan persepsi ketidakadilan dan kurang ‘legitimate’, malah dilihat sebagai menjalankan penjajahan berbentuk ekonomi terhadap golongan rakyat marhaen,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut KPRU, kerajaan secara sengaja mengabaikan fakta bahawa harga barangan harian dan makanan akan turut meningkat susulan pengumuman tarif baru elektrik. Hal ini kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik yang dijangka memindah kenaikan kos yang ditanggung kepada pihak pengguna.

“Dalam konteks kenaikan kos atau harga barangan utama dan barangan harian lain beberapa kali sebelum ini, kenaikan tarif elektrik kali ini akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna,” katanya.

Misalnya, mulai Julai 2010 harga minyak RON97 yang pada masa itu RM2.15 seliter kini mencecah RM2.90 seliter selepas kerajaan menaikkan bahan api itu baru-baru ini. Manakala RON95 yang mula diperkenal pada 1 September 2009 dinaikkan daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 di mana pada 2010 meningkat sebanyak dua kali.

Harga gula pula, katanya, mengalami peningkatan mendadak sebanyak 55 peratus iaitu pada paras RM1.10 sekilogram, naik sebanyak tiga kali sehingga RM2.30 sekilogram. Menurut KPRU, satu lagi faktor yang diabai kerajaan adalah kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat yang tidak dapat menyaingi kadar inflasi.

Mengikut Laporan Bank Dunia, purata kenaikan gaji sebenar di negara ini hanya sekitar 2.6% dari tahun 1994 hingga tahun 2007.
“Hakikatnya, pada tahun 2010, antara lebih 10 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 3.76 juta orang rakyat yang layak membayar cukai.Dengan kata lain, hampir 6.4 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai pendapatan peribadi,” tegasnya.

Golongan tersebut katanya membentuk lapisan rakyat miskin, seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai ‘40% isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.

“Golongan sebeginilah yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan, tekanan harga barang dan sewa rumah yang melambung serta masa depan yang muram.

“Akibatnya, dasar rasionalisasi subsidi secara tergesa-gesa ini memang tidak banyak menggoyangkan gaya hidup golongan atasan dan elit, tetapi kehidupan rakyat biasa terjejas dan terbiar papa kedana,” ujarnya.

~keadilandaily~

No comments: