REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 1, 2011

Rakyat diHULUkan Untuk Projek Kroni BumNgok

Anggota jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia' memutuskan tidak berjumpa dengan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dijadualkan hari ini kerana bimbang terhadap ancaman dan ugutan daripada kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-Lynas sejak semalam.

Pengerusi jawatankuasanya Tan Bun Teet berkata situasai sekarang menjadi tidak lagi terkawal dengan ugutan fizikal daripada kumpulan pro-Lynas yang memecahkan kereta kepunyaan penunjuk perasaan anti-Lynas.

“Kami menelefon panel itu pada jam 2.30 bagi memaklumkan bahawa kami tidak lagi akan menghadiri mesyuarat kerana bimbang dengan keganasan yang dipamerkan,” katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan aman membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali itu. Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang kononnya berkelah di pantai itu.

Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis 'Save Malaysia' beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.
Dalam kenyataan medianya kemudian, Tan berkata: "Kumpulan penceroboh itu di hadapan kehadiran polis mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka yang berhimpun dengan aman dan cuba mengasari mereka.

"Ketua kumpulan kami ditendang dari belakang dan malah seorang daripada mereka cuba mencekik ketua kami... Jika tidak kerana tindakan pantas oleh polis sisinya, beliau mungkin menghadapi kecederaan parah,” kata Tan.

"Tindakan tidak bertamadun di hadapan polis secara terangan membelakangkan hak asas seseorang rakyat.

"Sama ada dirancang ataupun kebetulan, ia menjadi proses di mana panel IAEA cuba mendengar pandangan mereka yang terbabit satu bahan jenaka.

"Kami sebuah NGO dan kami ingin meluahkan pandangan kami berhubung isu Lynas. Tetapi mendedahkan diri kami dengan risiko yang mungkin mengancam keselamatan kami, kami memutuskan tidak mahu terbabit dengan sesi hari ini.”

~MK~

No comments: