REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 1, 2011

Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat

PKR  melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.
Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.
"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad, sebelum disalur terus kepada pengguna.

“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.

“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.

Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapat diterima. Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.

“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.

“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.
Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.

Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.

“Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.

“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.

Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut. Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.

~keadilandaily~

No comments: