REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 16, 2011

Anwar Menyengat Di Dewan Rakyat

Setelah enam bulan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kembali ke Parlimen. Tiba di lobi Parlimen tepat jam 10 pagi, Anwar berwajah ceria disambut beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Turut tiba di Parlimen pagi ini ialah tiga lagi wakil Pakatan Rakyat yang digantung daripada menghadiri sidang iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang).

Sebelum masuk ke dewan, Anwar berbual-bual dengan wakil Pakatan yang mengucapkan "selamat kembali ke Parlimen" kepadanya. Kesemua mereka berwajah ceria dan gembira menyambut kehadiran keempat-empat mereka.

Antara wakil PAS yang menyambut kehadiran mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).
Diminta wartawan untuk memberikan sedikit komentar setelah kembali ke Parlimen, sambil tersenyum Anwar hanya menjawab "nak komen apa dah 10 tahun saya di Parlimen".

Disember lalu, Speaker Dewan Rakyat menerima syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Anwar dan tiga yang lain daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep “1Malaysia” dengan “One Israel”.

Sementara itu, sidang Dewan Rakyat pagi ini bertukar "panas" dengan kehadiran mereka apabila Anwar mengemukakan soalan berhubung Felda.

~harakah~

No comments: