REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, April 2, 2013

SPR Jangan Jadi Barua UMporNO

NONEAhli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa bahawa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman mengakui bahawa seorang penolong pendaftar Umno telah mendaftarkan ramai pengundi yang meragukan.

Charles mendakwa, perkara itu diakui oleh Dzulkifli dalam satu pertemuan dengannya selama 45 minit di pejabat SPR Selangor.

SPR sebelum ini berkata, individu yang sama telah mendaftar S Dinesh, 32, yang tinggal di Britain, sebagai seorang pengundi tahun lalu tanpa pengetahuannya.

"Saya bertanya kepadanya (Dzulkifli) berapa ramai pengundi yang telah didaftar oleh orang ini. Beliau kata 'ramai'," kata Charles.

Bagaimanapun Dzulkifli, menurut Charles, berkata SPR tidak boleh mengeluarkan nama Dinesh dari daftar pemilih kerana Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan.

"Mereka berselindung di sebalik Seksyen 9(a)," kata Charles yang mendakwa mereka mengakui undang-undang dilanggar tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Dzulkifli bagaimanapun tidak hadir di sidang media Charles itu yang diadakan di pejabat SPR Selangor.

~MK~

No comments: