REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Azmin tuntut Hisham dan polis minta maaf

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menghantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dua pegawai tinggi polis, menuntut mereka meminta maaf secara terbuka ekoran gangguan ke atas satu ceramah malam Jumaat lalu.

Dalam surat bertarikh 28 Mac 2011, peguam N Surendran - yang bertindak bagi pihak Azmin - mendakwa polis secara secara mala fide (dengan niat jahat), menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah, menyerbu, menganggu dan menamatkan ceramalh tersebut.

"Adalah dianggarkan lebih 50 anggota polis, termasuk FRU (Unit Simpanan Persekutuan) terlibat dalam tindakan serbuan ini," kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

“Polis juga menggunakan kekerasan yang keterlaluan di mana anak guam kami ditolak dan terjatuh pada masa tersebut. Beberapa orang yang hadir juga telah ditangkap oleh polis secara salah,” tambahnya.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan OCPD Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

Empat tuntutan

Surendran menyenaraikan "kesalahan serius" yang telah dilakukan oleh polis - pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan - dan menyifatkan serbuan tersebut sebagai 'bermotif politik'.

“Kami telah diarahkan untuk membuat tuntutan (kepada pihak polis) dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini, iaitu:

1. Membekalkan nama dan nombor kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan tersebut.

2. Nama dan pangkat pegawai polis yang mengetuai dan/atau memberi arahan semasa tindakan serbuan tersebut.

3. PDRM meminta maaf secara terbuka atas terma-terma yang akan ditetapkan oleh Azmin; dan

4. PDRM memberi akujanji bertulis tidak akan mengulangi tindakan yang menyalahi undang-undang seperti itu.

Surendran berkata, sekiranya pihak polis gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, maka anakguamnya merizab haknya untuk menuntut gantirugi keterlaluan, relif lain serta kos melalui prosiding mahkamah.

Ceramah di Gombak itu, yang disampaikan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah diganggu oleh polis yang turut menahan tiga orang.
Polis telah memanggil Azmin untuk merakamkan kenyataannya, yang dijadualkan hari ini.

~MK~

No comments: