REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, March 29, 2011

Raja Nazrin perkenan agenda Islam

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang diberikan perkenan mengadap sekali lagi Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah semalam di Istana Raja Muda, di sini telah membincangkan agenda pembangunan Islam terutama di negeri ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, antara hasil perbincangan berkaitan tulis jawi yang telah dititahkan oleh Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini dan juga usaha menemukan antara Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS yang akan turut diperhalusi.

“DPPN Pk yakin perbincangan yang telah diadakan semasa majlis mengadap semalam akan membuahkan hasil bagi memastikan agenda Islam di Perak akan terus dipelihara dan berkembang dengan baik,” ujarnya.

DPPN Pk juga, katanya yakin penekanan Raja Dr Nazrin Shah terhadap perkembangan dan kemajuan aspek pendidikan Islam di Perak, terutama di peringkat pengajian tinggi juga akan diambil perhatian yang serius.

“Akhirnya, DPPN Pk merakamkan ucapan terima kasih di atas perkenan Raja Dr Nazrin Shah menerima rombongan DPPN Pk merafak sembah mengadap bagi tujuan tersebut,” ujarnya.

~harakah~

No comments: