REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

PKR akan saman polis

PKR akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu yang didakwa melakukan kekerasan dalam satu insiden pada malam Jumaat lalu. Naib presiden PKR, N Surendran (kiri) berkata, parti itu telah memberikan notis selama 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden berkenaan.

"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa (permohonan maaf)," katanya lagi.

Surendran berkata, parti itu akan menamakan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan menteri dalam negeri dalam saman berkenaan. Selain itu, ketua polis daerah Ampang Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan juga akan dinamakan dalam saman berkenaan, kata Surendran lagi.

Dalam insiden berkenaan, Anwar dilaporkan telah berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR. Ceramah itu diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

Sementara itu, Surendran turut mendakwa, anggota polis berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh dan menghentikan ceramah yang diadakan ketika insiden itu berlaku. Anggota berkenaan juga didakwa telah menyerang dan membuat tangkapan salah ke atas beberapa orang yang ditahan dalam kejadian berkenaan, katanya.

"Kita telah minta mereka memberikan nama (anggota polis berkenaan) kepada kami," kata Surendran kepada pemberita. Sebelum itu, beliau menemani tiga orang ADUN parti itu untuk membuat kenyataan di balai berkenaan pagi ini berhubung insiden tersebut.

Mereka ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves). Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk memberi kenyataan itu pada tengah malam Isnin lalu.

~MK~

No comments: