REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Rundingan PKR-SNAP gagal?

Rundingan untuk mewujudkan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tampaknya kini di ambang kegagalan dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyuarakan kekecewaannya terhadap tawaran empat kerusi yang dibuat oleh PKR.

SNAP sebaliknya, mahu diperuntukkan paling kurang 27 kerusi. Parti itu memang menyokong penubuhan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya negeri Sarawak, kata pengarah operasi SNAP, Paul Kadang.
Bagaimanapun, tambahnya, kemungkinan mewujudkan pakatan tersebut nampaknya semakin merosot.

Dalam satu kenyataannya, Kadang menyalah PKR atas kegagalan mencapai persetujuan berhubung peruntukan kerusi, termasuk membabitkan tuntutan kerusi bertindih.

"SNAP enggan dipinggirkan dan bagi mempertegaskan keseriusan dan kemampuannya, ia telah mengisytiharkan secara terbuka 16 calonnya
di 16 kawasan," katanya.

Kadang berkata, PKR yang terkejut dengan tindakan tersebut, datang balik untuk 'menawarkan' empat kerusi, dan bukan lagi tiga kerusi. Dalam tindak balasnya terhadap 'penghinaan' tersebut, tegasnya, SNAP mengumumkan 11 lagi calon untuk 11 lagi kerusi.

~MK~

No comments: