REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 27, 2011

Siapa Yang Nak Masuk Parti Yang Bakal Tumbang?

"Itu hanya gimik politik Umno" demikian reaksi Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berhubung laporan kononnya anggota PAS dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno semalam.

Sambil menyifatkan Umno bahagian itu ketandusan idea Wan Hassan mendakwa selain itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik untuk membayangkan kekuatan parti itu kepada umum. Sedangkan katanya, semua tindakan itu sebenarnya tidak ubah bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa.'

"Kami tahu hakikat sebenar. Sandiwara penyertaan begini sudah masak bagi kami, jadi bila ada laporan-laporan sedemikian rupa ia tidak menjadi tamparan buat kami.

"Sepanjang tahun ini saja entah berapa kali dah berita mengenai ahli PAS masuk Umno disiarkan oleh pelbagai media tapi apa yang pasti hasil dari siasatan kami tiadapun identiti mereka yang terbabit itu menunjukkan ahli PAS," katanya dihubungi Harakahdaily lewat malam tadi.

Portal berita Malaysiakini memetik Bernama semalam melaporkan 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Wan Hassan yang juga AdunN Semerak berkata, tindakan Umno tersebut sebagai satu taktik kotor serangan saraf bagi mewujudkan persepsi buruk di kalangan penyokong serta ahli PAS yang lain terhadap parti yang mendokong dasar Membangun Bersama Islam selama ini.

"Bagaimanapun taktik itu sedkitpun tidak membimbangkan PAS kawasan Semerak khususnya.

"Bahkan kita percaya selepas ini akan ada lagi gimik seperti itu akan dilakukan Umno," ujarnya.

~harakah~

No comments: