REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Kontrak Runding Terus Syarikat Kroni?

Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap urusan parlimen dan Speaker, tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak pembaik pulih parlimen. Katanya, Menteri Kerja Raya hanya memaklumkan kepada beliau berhubung penganugerahan kontrak itu kepada sebuah syarikat tanpa ada sebarang perundingan dengan beliau.

"Saya pun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak tahu tentang pemberian contract award ini.

"Kita tidak dirujuk, tetapi hanya dimaklumkan apa yang hendak dibuat.

"Berapa jumlah kontraknya, kosnya dan siapa, itu tidak dirujuk kepada saya selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan juga speaker," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoal beberapa isu dalam penganugerahan kontrak pembaikpulih bangunan parlimen oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat TRC Corporation.

"Perbelanjaan itu bawah JKR atau Parlimen?

"Kalau bawah parlimen, kenapa menteri yang tidak bertanggungjawab di bawah parlimen tidak dirujuk, ini satu perkara yang malang dan perlu diperbetulkan," balas Mahfuz.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu mendakwa kontrak tersebut diberi secara runding terus tanpa penelitian kos kononnya di bawah Perbelanjaan Darurat–AP 55.

"Darurat apanya, taklimat JKR kepada Jemaah Menteri berhubung laporan kajian baikpulih dan naik taraf bangunan parlimen Malaysia pun dibuat 12 Mei 2010," katanya kemudian ketika ditemui Harakahdaily.

TRC Corporation tersebut juga didakwa adalah syarikat sama yang sebelum ini dianugerahkan kontrak membina 'istana' berharga RM11 juta milik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terletak di Jalan Mahameru.

Kontraktor syarikat tersebut juga katanya yang terlibat dalam pembinaan pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai RM400 juta.

"Bukan syaraikat ini sahaja dapat anugerah, setiap tahun ada syarikat diberi anugerah.

"Paling tidak pun, panggil semua syarikat-syarikat yang dapat anugerah ni, buat selective tender," katanya.

November tahun lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktural secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dewan persidangan Parlimen dipindahkan buat sementara waktu ke dewan serbaguna berdekatan Parlimen.

~harakah~

No comments: