REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 27, 2011

Murujib Bukan Kuat Tapi Takut Bini

Kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang belum tentu menjamin kemenangan BN, sebaliknya calon-calon BN mestilah bersih dan diterima rakyat, kata bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu, Tun Daim Zainuddin.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiar hari ini, beliau berkata, semua anggota BN mesti bersatu menghadapi parti lawan kerana bila Umno kuat, BN juga kuat dan kekuatan BN itu akan membawa kemenangan.

Beliau berkata, mood dan persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah lebih positif daripada 2008 dan ini terbukti melalui pilihan raya kecil yang diadakan. Selepas pilihan raya umum 2008, BN menang lapan daripada 16 kerusi pilihan raya kecil tetapi sejak November 2010, BN menang semua lima kerusi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih baik.

"Tetapi ini hanya pilihan raya kecil. Jadi jangan terlalu yakin. Salah satu sebab kekalahan 2008 ialah terlalu yakin.

"Rakyat masih memerlukan perubahan dan BN sepatutnya menyediakan perubahan ini," katanya.

Daim yakin bahawa Umno dan BN akan terus hidup berdasarkan kepada pengamatannya terhadap senario politik semasa. Bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu berkata selagi rakyat tetap berhemah dan bijak membezakan antara padi dan sekam, beliau percaya BN akan terus memerintah.

"Saya tak fikir BN boleh kalah lebih teruk daripada pilihan raya umum 2008. Situasi politik pada 2008 itu amat berbeza daripada situasi sekarang," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.

Berikutan itu, Daim yang juga bekas bendahari Umno, menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno dan (BN) supaya sentiasa mengawasi diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat. Beliau mengingatkan jika mereka tidak waspada dan berhati-hati dalam semua tindakan, suasana tenang boleh bertukar menjadi keruh dalam sekelip mata.

"Maka, pemimpin Umno dan BN perlu sentiasa awas diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat, baik sekecil mana sekali pun, walaupun kita sedar tidak mungkin semua masalah dapat diselesaikan semahu-mahunya," katanya.

Daim juga berkata setiap wakil rakyat dan pemimpin BN harus bekerja keras untuk "menghidupkan" Umno dan BN dan bukannya "mencari hidup" daripadanya.

"Oleh itu setiap wakil rakyat, setiap pemimpin BN, baik yang kecil atau yang besar, harus sentiasa "turun padang", jangan tunggu "padang" datang kepada kita," katanya dalam wawancara panjang yang turut menyentuh pelbagai isu politik semasa tanah air.

Menurutnya menerusi acara turun padang, mereka boleh mendapat maklum balas yang betul untuk menyelesaikan masalah rakyat dan ini boleh mengukuhkan lagi Umno. Beliau memberikan contoh bagaimana Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang sentiasa turun padang sama ada di majlis kenduri perkahwinan, kematian, kebakaran dan kemalangan.

"Kalau tak dapat hadir, (dia) hantar wakil lepas itu beliau hantar SMS. Beliau mesra dengan rakyat," katanya.

Daim, yang kini berusia 73 tahun, berkata bahawa jentera Umno dan BN juga harus digilap, diperbaiki dan dimodenkan seiring dngan perubahan sosial, teknologi maklumat dan ekonomi yang sentiasa berubah. Beliau merujuk kepada cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekatkan diri dengan rakyat menerusi blog dan twitter untuk "berbual" secara spontan dengan mereka terutama golongan muda.

"Kita harus ingat bahawa golongan muda kita sekarang jauh lebih berpelajaran, lebih jauh kepergiannya dan jauh lebih luas rangkaiannya jika dibandingkan dengan golongan muda selepas Merdeka," katanya.

"Mimpi mereka, harapan mereka, aspirasi mereka tentu berbeza daripada yang dialami oleh ibu bapa mereka," katanya.

Daim berkata Umno dan BN harus memahami semua perkara itu dengan jelas supaya dapat melaksanakan program-program yang berterusan yang boleh dihayati oleh golongan ini.

"Jika golongan ini berjaya diasuh untuk memahami, menghormati, menghargai dan menyayangi perjuangan Umno dan BN, maka bangsa dan negara pasti akan melihat esok yang lebih gemilang," katanya.

Daim juga mempersoalkan pembangunan yang dibawa untuk rakyat oleh negeri yang diperintah oleh parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Berapa bilion ringgit modal asing baru terutama daripada negara Arab yang telah dibawa masuk oleh Penasihat Ekonomi Selangor itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?

Menyentuh pandangannya mengenai perkembangan politik tanah air, Daim berkata keadaan politik secara keseluruhannya bertambah tenang dan rakyat nampaknya semakin matang dalam hal-hal politik.

"Usaha Datuk Seri Najib, sejak menjadi perdana menteri, untuk membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional adalah faktor utama yang menenangkan keadaan itu. Saya lihat Datuk Seri Najib sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf keselesaan hidup rakyat terutama bagi golongan rendah pendapatan dan miskin," katanya.

Mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dirinya dalam buku "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", Daim berkata beliau tidak pernah menjangka Dr Mahathir sanggup berterus terang sebegitu.

"Saya juga sangat berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana memberi penjelasan yang terang dan tidak berselindung mengenai tindakan-tindakan saya yang pernah menjadi tanda tanya sewaktu saya menjadi Menteri," katanya

Mengenai dirinya sekarang yang sudah agak lama menyepi dari arena politik negara, Daim berkata beliau sibuk seperti biasa walaupun tidak bertugas dengan kerajaan kerana masih sering bertemu para pelabur asing baik yang datang ke sini atau yang di luar negara, membantu mereka di mana perlu.

"Sejak berlaku krisis kewangan dunia saya banyak meluangkan masa di negara Teluk. Krisis kewangan itu menyebabkan mereka yang tidak menjadi mangsa mencari tempat pelaburan yang lebih stabil dan selamat seperti negara kita," katanya.

~bernama~

No comments: