REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 30, 2011

Kemelut kuil isu 'kepala lembu' dijangka berakhir

Selepas menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya kuil hampir seabad, Sri Mariamman yang pernah terletak di Seksyen 19, Shah Alam, akan dipindahkan ke lokasi baru.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata pembinaan kuil itu akan bermula selepas persetujuan mengenai kos dicapai antara wakil rakyat kawasanberkenaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan jawatankuasa kuil.

Pemindahan kuil itu, termasuk mengeluarkan berhala, ukiran dan peralatan sembahyang yang lain ke kawasan baru di zon industri, Seksyen 23 yang jauh daripada kawasan perumahan dijangka mengambil masa dua bulan.

Jayakumar berkata mengikut persetujuan asal, PKNS bertanggungjawab menyediakan jalan masuk ke tapak kuil itu.

Tapak baru itu dipilih secara berhati-hati apabila keputusan pemindahan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada September 2009 lalu dibantah penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Isu itu menimbulkan kontroversi dengan penduduk sekitar membuat bantahan sambil berarak membawa kepala lembu.

Susulan itu kerajaan negeri memutuskan menempatkan kuil itu berhampiran kawasan perindustrian di seksyen yang sama

Sementara itu, ketika menjawab soalan daripada ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam, Jayakumar berkata kerajaan negeri telah meluluskan 128 hektar tanah bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri sejak 2008 hingga sekarang.

Beliau yang juga exco kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin,berkata, kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.

Menurutnya, daripada jumlah itu 114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara," katanya.

~MK~

No comments: