Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, diminta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung reaksinya terhadap laporan tidak berasas akhbar Utusan Malaysia.
Hishammuddin juga diminta mengambil tindakan menggantung penerbitan akhbar Utusan Malaysia, dalam tempoh waktu yang wajar, kerana menyiarkan berita palsu mengenai kewujudan golongan paderi yang mahu menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ekoran respons mereka terhadap laporan tidak berasas itu, kedua-dua menteri terbabit ternyata telah menimbulkan suasana kehidupan tidak harmoni di kalangan penduduk negara ini.
Menurut beliau, pada hal berita yang disiarkan itu hanyalah berita tidak berasas yang diambil dari penulisan blog peribadi seseorang yang tidak selayaknya dijadikan sumber berita oleh akhbar Utusan Malaysia.
Namun, katanya, kedua-dua menteri itu tanpa menyelidik panjang telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan tersebut merupakan perkara serius lalu meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan.
"Datuk Seri Hishammuddin dan Datuk Seri Rais Yatim selaku menteri tidak sewajarnya memberikan respons seperti itu. Mereka sepatutnya bertindak meredakan keadaan, bukannya mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Tindakan kedua-dua menteri itu, menurut beliau, ternyata merupakan tindakan provokasi yang sekali gus telah mencetuskan ketegangan agama di kalangan rakyat Malaysia.
"Pada hal berita yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia itu bukannya berita benar. Perkara itu dinafikan sendiri oleh golongan paderi dan DAP. Berita itu ternyata bersifat provokasi yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di dalam negara.
"Disebabkan perkara itulah, akhbar Utusan Malaysia sepatutnya dikenakan tindakan oleh Hishamuddin dengan menggantung penerbitannya walaupun dalam tempoh waktu yang tidak lama," katanya.
Selain itu, beliau juga meminta Hishammuddin mengambil tindakan terhadap bloger yang bertanggungjawab terhadap penyebaran berita palsu itu bagi dijadikan pengajaran kepada kesemua pihak agar hanya menyebarkan berita-berita benar dalam penulisan masing-masing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Hishammuddin dan Rais berfikir lebih jauh dengan tindakan mereka berhubung perkara itu agar segera menghentikan tindakan-tindakan provokasi demi kepentingan negara.
"Hentikanlah provokasi-provokasi perkauman. Tunjukkanlah sayang kepada negara, bukan sayang kepada kerusi empuk," tegasnya.
Bagi menjernihkan kembali suasana dalam masyarakat angkara penyebaran berita itu, beliau mengajak kedua-dua menteri itu berdebat dengan beliau di pentas debat demi membolehkan seluruh pihak menilainya dengan lebih mendalam dan adil.
~harakah~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment