REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 24, 2011

Editor dan wartawan beri keterangan

Sekurang-kurangnya tiga editor kanan dan beberapa wartawan dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung tayangan video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis juga melawat pejabat Malaysiakini pagi semalam bagi mencari wartawan, Hazlan Zakaria yang dijemput menyaksikan tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.

Bagaimanapun, oleh kerana wartawan berkenaan tidak berada di pejabat kerana tugasan, pegawai penyiasat kes tersebut menghubunginya melalui SMS bagi menetapkan temujanji.

“Salam En Hazlan, saya ASP Sabri daripada IPD Dang Wangi - boleh telefon saya nanti untuk buat temujanji sebab saya hendak ambil statement berhubung tayangan video di Carcosa Seri Negara. Terima kasih,” kata pegawai itu menerusi SMS.

Temu janji kemudiannya ditetapkan pada jam 11 pagi ini.

Sebelum itu, lewat petang semalam, Bernama melaporkan beberapa editor dan wartawan kanan daripada The Malay Mail, New Straits Times and the Star telah memberikan kenyataan mereka di balai polis di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, beberapa wartawan dan editor kanan dijemput ke hotel mewah, Carcosa Seri Negara dan disajikan dengan tayangan pasangan mengadakan hubungan seks. Pelbagai pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip dengan Anwar. Bagaiamanapun permimpin PKR, termasuk Anwar sendiri menafikan tuduhan berkenaan.

~MK~

No comments: