REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 24, 2011

Nilai integriti untuk lindungi kejahatan BN

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat laporan polis yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu.

Beliau merujuk kepada keberanian tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis sehari selepas tuduhan video seks. Katanya, ia sama dengan kes Altantuya kerana keduanya melibatkan maruah dan Najib juga mestilah menbuat laporan polis untuk menunjukkan satu usaha membersihkan dirinya.

"Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha ke arah itu," jelasnya.

Merujuk kepada ulasan Datuk Seri Mustapa Mohamad yang menggesa rakyat untuk menilai tahap integriti, Khalil menganggap itu adalah pandangan yang sengaja diadakan untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh pimpinan BN sekian lama.

"Macamlah rakyat sudah tidak pandai menilai tahap integriti di negaranya sendiri.

“Mengapa beliau (Mustapa Mohamed) gesa rakyat untuk buat penilaian tahap integritinya jika belum disabitkan kesalahan,” katanya yang juga Adun Titi Serong ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, tindakan Anwar membuat laporan polis tersebut adalah suatu perkara biasa jika dituduh berkaitan isu yang tidak pernah dilakukan.

“Tapi jika ada individu yang difitnah, tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dunia sedang melihat bagaimana senario politik yang tidak matang.

“Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin BN jelas mengamalkan toleransi terhadap budaya politik yang bersifat undang-undang rimba,” jelasnya.

Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara. Namun, ujarnya yang rakyat lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya denga rekaan cerita yang bukan-bukan.

Tambahnya, paling malang segala institusi kerajaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahat mereka bagi kekal berkuasa. Tidak hairanlah, ujarnya mengapa isu yang memalukan negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini.

“Rakyat menilai kerajaan sedia ada yang tidak pernah berubah untuk menyelamatkan Malaysia.
“Protes perlu dilakukan terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini dan PRU 13 tidak lama lagi, perubahan perlu berlaku di Malaysia,” tegasnya.

~harakah~

No comments: