REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 3, 2011

Kroni Raja Tempe Kena Dakwa

Timbalan ketua setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas tuduhan rasuah sewaktu menjadi yang dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dia dituduh menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk meluluskan pembiayaan daripada MPS sebanyak RM26,500 untuk kerja selengaraan rumah miliknya sendiri, di dalam mesyuarat jawatankuasa sebutharga MPS Bilangan 7/2001, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan secara langsung ke atas jabatan tersebut.

Bakaruddin, 57, dituduh berbuat demikian untuk selengaraan rumah beralamat di No. 14413, Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, 68100 Batu Caves, Selangor.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara bulan Jun 2001 dan April 2002, di Bangunan MPS, Pesiaran 3, Bandar Baru Selayang, Gombak, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah. Hakim Asmadi Husin membenarkan ikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan oleh Datuk Abdul Razak Muda dari SPRM. Mahkamah menetapikan sebutan kes pada 4 April.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

~MK~

No comments: