Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas telah mengurung orang Asli dalam kempen itu dan memberikan mereka minuman keras.
Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.
Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.
“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.
“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12. Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.
“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ. Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment