PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.
"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?
"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.
Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.
Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri. Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.
"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.
"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.
Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu. Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment