REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, March 5, 2011

Salah Tempat Mahu Tunjuk Hero

Calon PAS, Yuhaizad Abdullah di Dun Merlimau dan beberapa pimpinan PAS menerima khidmat pesanan ringkas (sms) ugutan daripada individu yang tidak dikenali, dipercayai daripada Umno BN.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Setiausaha Pehubungan PAS Melaka, Haurun Mohamed yang turut menerima sms yang sama.

Penghantar sms berkenaan menamakan dirinya sebagai Geng Jebat Derhaka dan menghantar sms berbunyi "Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin”

Haurun menerima sms berkenaan jam 7.20 malam semalam dan membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau jam 12.35 pagi semalam.

Menurut Haurun, beliau yakin sms itu datang daripada puak Umno BN kerana sebelum ini pernah menerima sms dari nombor yang sama berbunyi "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free...nak org sponsor...itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

“Saya membuat laporan ini demi keselamatan pimpinan dan penyokong PR serta orang awam, dan menggesa polis menyiasat ugutan ini dengan kadar segera,” kata beliau dalam laporan polis yang dibuat.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihak polis hanya bersikap sambil lewa twerhadap laporan yang dibuat.

"Ini satu ugutan yang secara nyata diteruskan tapi setakat ini tak ada tindakan yang dilakukan oleh pihak keselamatan terhadap isu-isu seperti ini.

"Kita buat laporan polis rasmi berhubung sms ugutan ini tapi tak ada lagi tindakan yang kita lihat drastik daripada pihak keselamatan dan kehadiran pihak polis yang begitu ramai hanya melihat sahaja insiden kekacauan yang berlaku,” kata belia pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini.

Selain Haurun dan Yuhaizad, turut menerima SMS sama ialah Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang.

~harakah~

No comments: