REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 24, 2011

Pastikan 'Ayam Jantan' PAS Berkokok Kembali

Perebutan kerusi timbalan presiden PAS semakin panas apabila bekas naib presiden Mohamad Sabu mendapat pencalonan pertamanya dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Mesyuarat kawasan itu Sabtu lalu sebulat suara mencalonkan Mohamad bertanding jawatan berkenaan. Jawatan tersebut kini disandang oleh ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak jawatan tersebut dalam muktamar PAS Jun ini. Bagi jawatan presiden, naib presiden dan jawatankuasa pusat, mesyuarat tersebut menyerahkan kepada jawatankuasa kawasan untuk memilih calonnya.

Menurut sumber di kawasan berkenaan, pencalonan Mohamad itu merupakan satu "desakan dan hasrat" akar umbi kawasan yang mahu beliau bertanding jawatan tersebut.

"Malah beliau pernah menjadi ahli parlimen dan yang dipertua kawasan ini (Kubang Kerian) pada tahun 1990-an. Jadi perwakilan dan akar umbi (masih) ada nilai sentimental terhadap beliau," kata sumber itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, sumber bagaimanapun enggan mengulas sama ada Husam yang juga bekas naib presiden mahu bertanding jawatan nombor dua dalam parti. Sebaliknya meminta merujuk sendiri kepada Husam yang juga ADUN Salor untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, menurut satu lagi sumber, Mohamad tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu lagi pencalonan apabila sekurang-kurang empat kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya, kawasan tersebut adalah Bukit Bintang, Batu, Kepong dan Putrajaya yang dijadual berlangsung bulan depan. Sumber berkata, beliau juga terkejut apabila Kubang Kerian mencalonkan Mohamad yang dikenali 'ayam sabung' PAS sebagai timbalan presiden.

"Perwakilan ada nilai sentimental dengan beliau. Ia juga dilihat sebagai isyarat bahawa Husam tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan isyarat kepada kawasan lain untuk mencalonkan Mohamad," katanya

~MK~

No comments: