REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 24, 2011

Selesaikan Persengketaan Untuk Tawan Sarawak

Ketua PKR Sarawak Baru Bian tidak mahu partinya berentap dengan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. Justerunya, katanya saluran perbincangan sentiasa terbuka.

“Saya telah jelaskan sebelum ini, saluran perbincangan akan sentiasa dibuka sehingga hari penamaan calon,” katanya mengulas kegagalan kedua-dua parti berkenaan menyelesaikan kemelut agihan kerusi.

Pusingan terakhir perbincangan di antara parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak dijadualkan esok.

“Saya masih yakin kita akan mencapai persetujuan. Saya percaya isu ini boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak sanggup berbincang, jadi saya tidak mahu membuat sebarang andaian apa yang mungkin berlaku,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai hubungan mesra Snap dengan Parti KITA, Parti Cinta Malaysia dan Parti Progresif Sabah (SAPP), yang merupakan seteru Pakatan, Baru berkata tidak sepatutnya berlaku syak wasangka.

Katanya, apabila PKR menerima Snap, ini bermakna mereka mahu bekerjasama dengan sesiapa yang mempunyai cita-cita untuk menumbangkan BN di Sarawak.

“Ini penting bagi kami. Kami mengalu-alukan mana-mana parti atau NGO yang mahu bekerjasama dengan kami.

“Jika ada ahli gabungan yang bekerja dengan seteru atau musuh kami, ini bukan perkara yang bijak. Tetapi kita perlu bekerjasama menentang musuh bersama. Ini mesti jelas.

“Jika tidak, perjuangan dan objektif utama kita iaitu untuk menumbangkan BN akan menjadi lemah,” katanya.

Menurut Baru parti komponen Pakatan Rakyat mesti memastikan BN ditentang satu lawan satu di semua 71 kerusi yang dipertandingkan.

“Ini teras utama perjuangan kita menentang BN. Kita akan cuba sedaya upaya bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih. Ini strategi yang akan diguna pakai,” kata Baru.

“Selagi ada komunikasi terbuka dengan rakan-rakan di Snap, saya pasti isu agihan kerusi boleh diselesaikan, kecuali kita tidak ada niat menyelesaikannya atau berpura-pura. Itu perkara berbeza sama sekali.”

Baru juga berharap Parti KITA atau SAPP tidak akan menjejaskan peluang Pakatan di Sarawak.

~MK~

No comments: