REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 13, 2011

Selangor dapatkan nasihat ulama isu judi

Kerajaan negeri Selangor akan merujuk isu penjualan tiket loteri di negeri itu kepada ulama, pengamal undang-undang, dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Exco agamanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata kerajaan negeri akan mencari pendekatan sendiri agar sebarang keputusan tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Bagaimanapun kata Hassan yang dipetik TV Selangor, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Namun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, orang Islam di Selangor tetap diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka.

Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, Hassan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Jais tidak lama lagi bagi mengenal-pasti bentuk tindakan.

~harakah~

No comments: