REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 11, 2011

Tiada larangan tutup kedai ekor di Selangor

Kerajaan negeri Selangor akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam menangani penjualan tiket loteri di negeri itu tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, lapor TV Selangor.

Memetik pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Mohamed Ali yang juga ahli exco, menurut laporan itu, kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas ulama dan pengamal undang-undang, serta pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Bagaimanapun kata Hassan, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Beliau yang juga exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka.

Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, Hassan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Jais tidak lama lagi bagi mengenal-pasti bentuk tindakan.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat apabila ia dieksploitasikan oleh MCA dan Gerakan yangh mendakwa tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS mengeledah kedai menjual tiket loteri - sesuatu tindakan yang dianggap mengekang kebebasan bukan Islam.

Mereka mendakwa ia bukti bahawa PAS akan memperkenalkan lebih banyak dasar-dasar Islam jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

~MK~

No comments: