REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, October 1, 2011

Siasat ‘jerung besar’ cagar tanah Felda Plantation

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani menyiasat ‘jerung besar’ yang didakwa terlibat membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun.

Anak meminta SPRM menyiasat keputusan tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur penyelewengan dan salah guna kuasa memandangkan ianya diputuskan ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab tidak ada dalam mesyuarat kerana menunaikan umrah.

Lima individu dinamakan untuk disiasat SPRM iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Presiden Kumpulan FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Presiden Anak, Mazlan Aliman hairan bagaimana PGVH diberikan kepercayaan yang melampau sedangkan ia mempunyai masalah pelaburan menerusi Felda Iffico Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT Etgo Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia.

"Siasatan mesti dibuat samaada keputusan berisiko tinggi seperti ini yang melibatkan sebuah agensi milik negara mendapat restu daripada Perdana Menteri sendiri sebagai individu yang bertanggunjawab secara langsung ke atas dasar-dasar Felda.

"Jika keputusan tersebut adalah atas restu Perdana Menteri, adakah ia mengikut peraturan sepatutnya atau dipengaruhi kepentingan peribadi, penyelewengan dan salahguna kuasa," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM, dekat sini, petang tadi.

Selain itu, SPRM juga diminta menyiasat pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Perbadanan Felda (KPF) sedangkan beliau bukan ahli koperasi.

"Adakah pelantikan Tan Sri Isa Samad mempunyai agenda menguasai aset KPF RM1.7 bilion dan memudahkan ianya dilaburkan kepada FGVH? spalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya aset Felda tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu itu senasib dengan bank Bumiputera, Perwaja Steel dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bankrap akibat kegagalan urus tadbir ‘jerung besar’.

~harakah~

No comments: