REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, October 17, 2011

Tiada Siapa Yang Menyiasat Operasi Zakat

Hairan Tulang Besi. Setelah laporan berkaitan serbuan JAIS ke Gereja DUMC, pencapaian Pusat Zakat Selangor masih tiada siapa sebut.

Hasan Ali sendiri, dalam kenyataan terbaru, berkata keluarga2 yang dikaunseling adalah mereka yang "berlatar belakang miskin dan bermasaalah".(rujuk keratan akhbar di bawah)

Yang jelasnya, keluarga2 ini juga hampir kesemunya pernah ditolak permintaan bantuan dari Pusat Zakat Selangor.

Ertinya perjalanan Pusat Zakat Selangor terlepas dari penyiasatan ataupun pembetulan.

Tulang Besi telah menjalankan "survey" dan mendapati 97% dari responden mahukan

1.0 Lembaga Zakat Selangor diaudit oleh sebuah badan audit yang bebas

2.0 Laporan audit tersebut dibentangkan kepada umum (ataupun kepada Dewan Undangan Negeri Selangor)

Hasan Ali hanya berani berkokok berkenaan "percubaan murtad" yang sehingga kini tiada seorang pun yang didakwa.

Namun, apa yang HAsan Ali tidak sedar adalah keluarga-keluarga miskin ini mendapat bantuan dari pihak Gereja setelah mereka disisihkan oleh Pusat Zakat Selangor.

Ketiadaan bukti untuk pendakwaan adalah kerana pihak Gereja tersebut tidak pernah menyebarkan agama Kristian kepada keluarga2 Islam ini. Apa yang mereka lakukan hanyalah memberikan bantuan kemanusiaan kepada keluarga2 miskin ini.

Sekiranya proses perjalanan dan penyebaran zakat tidak dibetulkan, selepas ini ramai lagi yang akan menerima bantuan gereja.

Sumber berlakunya hubungan kelurga Islam dgn gereja adalah kerana LEMAHNYA SISTEM ZAKAT.

Selagi kita tidak membetulkan sistem zakat di Selangor, selagi itu akan bertambah-tambah keluarga Islam yang meminta bantuan dari Gereja.

HAsan Ali cuma menjadi alat UMNO untuk melindungi segala kebobrokan yang sedang berlaku dalam proses penyebaran zakat.

"Murtad" ini bukan isunya. Isu yang sebenar adalah mengapa terdapat keluarga2 ISlam yang tersisih dari bantuan zakat sedangkan pungutan zakat di Selangor antara tertinggi di Malaysia.

Hasan Ali sepatutnya berbangga kerana berjaya menjadi alat kepada propaganda UMNO dengan jayanya.

UMNO tolak hudud kerana desakan seorang pelakon porno, bukankah itu satu tindakan yang membawa kepada murtad?

~Tulang Besi~

No comments: