REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, October 27, 2011

Wanita UMNO Menangis Terima Baucer "Jom Shopping"

Ini adalah kesah benar. Ia berlaku dalam Parlimen Kuala Langat. Ada seorang veteran Wanita UMNO yang dikenali sebagai Cikgu Sabariah.

Cikgu Sabariah ini telah aktif dalam UMNO semenjak zaman muda beliau lagi. Telah berlalu beberapa Perdana Menteri dari UMNO namun Cikgu Sabariah tetap kekal sebagai aktivis UMNO.

Beliau lah yang selalu kita nampak di Pusat2 Mengundi merayu undi dan memegang payung kerana Cikgu Sabariah bukanlah pemimpin UMNO yang diperingkat tinggi.

Apabila angin perubahan melanda Selangor dan kerajaan Selangor bertukar kepada PAkatan Rakyat, Cikgu Sabariah tetap istiqamah dengan UMNO.

Namun, pada suatu hari, datanglah orang ke rumah Cikgu Sabariah dan diberi kepada beliau voucher RM100 untuk program "Jom Shopping".

Diberitakan kepada Tulang Besi, mengalir air mata Cikgu Sabariah. Sepanjang beliau aktif dalam UMNO, tidak pernah ada orang beri kepadanya voucher RM100 untuk bershopping macam di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah sifat kerajaan Pakatan Rakyat. Kita tidak balas dendam, kita tidak kesah parti politik. Kita cuma kesah nak tolong sapa yang susah dan sapa yang memerlukan hatta Cikgu Sabariah yang kuat UMNO itu.

Agaknya, inilah yang ditakuti Najib dan UMNO di Selangor. Program2 sebegini buat pengundi2 tegar UMNO di Saluran 1 cair dan hilang semangat untuk menyokong UMNO, agaknya.

Patutlah gegak gempita Selangor ni dengan laungan2 Najib Tun Razak sert UMNO memaki program Jom Shopping ini.

~Tulang Besi~

No comments: