REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, August 1, 2012

Undang-undang Rimba

NONEPengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe.

Beliau didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Jika sabit kesalahan Rafizi boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan kes pada 10 September.

Sementara itu, bekas kerani Public Bank Johari Osman turut didakwa bersama Rafizi bawah Seksyen 112(1)(c) Bafia.

Selepas pengumuman George Kent dapat projekDitemui ketika tiba di mahkamah, Rafizi membangkitkan masa pendakwaan itu dibuat kerana siasatan itu telah lama dibuat.

Beliau mengaitkannya dengan pendedahan terbarunya berhubung isu sambungan LRT Ampang yang diumumkan diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd.

"Kebetulan kontrak sambungan LRT Ampang kepada George Kent diumumkan semalam dan saya diangkut pagi ini?" soalnya.

Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi disiasat bawah Bafia kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

~MK~

No comments: