Pakatan Rakyat menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada
September akan datang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis
Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri
Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk
mengumumkannya.
"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil
kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka,"
jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.
"Kita
berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat
adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik
mungkin," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP,
Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan
skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.
"Skrip
lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan
negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.
"Mereka
berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR
kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.
Menurutnya
lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan
menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong
Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.
"Bagi
mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan
telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.
"Apa
yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita
akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.
Katanya
lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar
yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.
Turut
hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor,
Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.
~harakahdaily~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment