
Namun bagi Negeri Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.
"Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini.
"Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Lagu Merdeka
Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti.
"Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal.
"Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti," jelas beliau.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka.
"Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka," katanya.
Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema 'Janji Ditepati' namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka.
Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', manakala bagi Negeri Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo alternatif yang sama sempena sambutan hari Kemerdekaan.

Katanya perbezaan tema di negeri itu dengan tema Pakatan Rakyat berlaku memandangan negeri Kedah telah memutuskan lebih awal melalui mesyuarat kerajaan negeri.
"Kita telah berbincang perkara ini dua minggu lepas namun bagi Kedah telah memutuskannya lebih awal.
"Keputusan negeri tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat kerajaan negeri kerana mereka tidak mahu menggunakan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat," jelasnya.
Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa Kedah akan menggunakan tema berlainan setelah melihat segala persiapan yang dilakukan oleh negeri itu.
"Namun diperingkat parti (Pakatan Rakyat), kita telah mengambil keputusan bahawa logo yang akan digunakan adalah selaras pada setiap negeri.
"Yang hanya membezakannya adalah dari segi tema sahaja," tambahnya.
Mustafa berpendapat, setiap apa yang diputuskan pada mesyuarat kerajaan negeri tidak boleh dipinda dan ia sudah terkandung dalam agenda mesyuarat kerajaan negeri.
~MK~
No comments:
Post a Comment