Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka memfailkan
saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah
Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.
Saman
tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik
perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan,
tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.
Dalam writ saman
tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin
Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan
Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan
menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.
Sedangkan Najib
mengetahui ungkapan menghina yang dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang
hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh
mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.
Bagi
mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud
mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga
dianggap tidak layak menerima durian runtuh.
Ungkapan bermaksud
menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan
sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh
dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian
runtuh.
Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif
telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif
membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.
Sehubungan dengan
itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas
seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus
dan kos guaman.
Semua plaintif diwakili oleh peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.
Sementara
itu Harris berkata, pihaknya akan menunggu untuk tindakan lanjut dalam
tempoh 14 hari sama ada pihak defendan akan memfail mengenepikan saman
atau meneruskan pebicaraan.
Presiden Persatuan Anak-Anak
Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka
menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini.
Mazlan berkata,
jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa
yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah,
katanya.
~harakahdaily~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment