Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan
Sri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyatnya akan bertindak
keluar parti dan menyokong pembangkang.
Sehubungan itu beliau
menggesa pihak yang berkenaan agar berhenti daripada menyebarkan
desas-desus berkaitan perkara tersebut, susulan tindakan timbalan
presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran
meninggalkan Upko.
"Upko menentang tindakan itu (ahli politik
lompat parti). Khabar angin ini telah lama tersebar dalam parti. PM
(Perdana Menteri) tahu mengenai perkara ini kerana saya telah maklumkan
kepada beliau.
"Sekarang perkara itu telah berlaku dan saya yakin
tidak ada lagi MP (anggota parlimen) dan ADUN yang akan keluar parti,"
katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, Dompok yang juga
menteri perusahaan perladangan dan komoditi melancarkan sambutan hari
kebangsaan kementeriannya, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen,
di Putrajaya. Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan 13 lagi
ahli politik Sabah termasuk ADUN, MP dan senator akan keluar parti
masing-masing dan menyokong pembangkang.
Bulan lepas Anggota
Parlimen Beaufort yang juga Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim
Ukim dan Bumburing secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang
menerusi penubuhan parti baharu Pakatan Perubahan Sabah.
Khamis
lepas Dompok menepis khabar angin UPKO akan keluar daripada BN dengan
menyatakan: "Kami fikir BN yang mampu berikan apa yang kami mahu."
Mengenai
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing di Sabah, Dompok
berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan
perincian termasuk terma rujukan serta senarai anggota panel pada Sabtu
ini.
"Kami sudah lama meminta penubuhan RCI ini. Kami hargai
keikhlasan Najib menubuhkan RCI bagi menyelesaikan isu yang sudah
berlarutan sejak dahulu lagi.
"Saya telah berkhidmat di bawah
tiga perdana menteri, tetapi hanya Najib bersetuju untuk menubuhkan RCI.
Saya hormati beliau atas tindakannya itu," katanya.
~Bernama~



REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI


Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment