REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 11, 2011

Kos Emel Murujib RM63k

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok masih berang dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap satu soalan di Parlimen bahawa kerajaan membelanjakan RM63,000 untuk menghantar emel ucapan "Salam 1Malaysia" kepada 1.25 juta rakyat Malaysia.

Sebelum ini, ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan bertanya kepada Najib di Parlimen semalam tentang e-mel yang dihantar kepada rakyat Malaysia pada awal pada Februari, bersama-sama dengan ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Dalam jawapan bertulisnya, Najib berkata empat juta SMS yang dihantar disediakan secara percuma oleh tiga syarikat-syarikat telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Teresa yang juga pengerusi DAP Selangor, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan oleh menteri kewangan (Najib) kepada Najib sebagai perdana menteri, bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, dan bukannya syarikat terpilih sahaja.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.

~MK~

No comments: