REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, November 5, 2011

Bangsat Melayu Musnahkan Bahasa Melayu

Timbalan Perdana Menteri menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan dasar itu dilaksanakan oleh kerajaan selepas melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan dasar itu.

"Semua ahli parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI,” katanya selepas menghadiri majlis korban perdana di Dewan Sri Pekembar di Muar, hari ini.

Beliau berkata, hasil daripada kajian kementerian menunjukkan hanya di antara lima hingga tujuh peratus keseluruhan sekolah di bawah kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris ketika melaksanakan PPSMI.

Majoriti daripada sekolah-sekolah yang lain, katanya, menggunakan dwibahasa atau Bahasa Malaysia sepenuhnya di dalam PPSMI sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003.

Mengenai saranan pemimpin Pakatan Rakyat supaya kerajaan mengurangkan bilangan
kakitangan awam, beliau meminta, banyak pihak supaya mencabar parti-parti pembangkang melaksanakannya di negeri-negeri yang diperintahnya terlebih dahulu.

"Jikalau pembangkang memerintah negara, kita tahulah bahawa mereka akan memberhentikan banyak kakitangan kerajaan," katanya dan menambah, banyak pihak juga mencabar pembangkang supaya melaksanakan saranan itu di Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu.

Penjawat awam yang sehingga ini berjumlah satu juta orang diperlukan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan dengan licin bagi kemajuan negara, katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan sememangnya mahu memantapkan perkhidmatan awam negara kerana sumbangan mereka penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lancar.

"Sumbangan kakitangan awam terhadap negara adalah amat besar dan mereka yang berkhidmat dengan cemerlang perlu diberikan ganjaran yang setimpal," katanya.

~Bernama~

No comments: