REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, November 13, 2011

Woi SPR! Bila Mau Guna Dakwat Kekal?

Isu berhubung pindaan perlembagaan menjadi tumpuan pada hari kedua pendengaran awam yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk pembaharuan pilihan raya hari ini.

Persoalan sama ada akta berkaitan perlu dipinda menjadi masalah utama yang sering ditanya oleh anggota jawatankuasa berkenaan kepada NGO dan juga individu yang hadir sebagai saksi hari ini.

Pindaan undang-undang berkenaan adalah berhubung isu penggunaan dakwat kekal.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johinty Ongkili sendiri ketika mengemukakan soalan berkenaan beberapa kali melandaskan isu itu dengan kekhuatiran bahawa langkah untuk menggunakan dakwat kekal akan dicabar di mahkamah.

Katanya, beliau tidak mahu isu itu menjadi seperti peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didapati bercanggah dengan perlembagaan oleh mahkamah baru-baru ini.

Tambahnya, mengikut Perkara 119, seseorang boleh menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal menyekat hak mereka untuk mengundi.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika diajukan soalan itu, mengulangi pendiriannya bahawa pindaan perlembagaan untuk menggunakan dakwat kekal tidak diperlukan.

Beliau juga menyifatkan pindaan perlembagaan sebagai tindakan berlebihan seperti "menggunakan bom nuklear untuk membunuh semut" kerana ia hanya perlu melibatkan pindaan kepada peraturan pilihan raya.

Sebaliknya, langkah itu boleh dijalankan dengan mudah melalui Seksyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR untuk membuat peraturan pilihan raya.

Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang "99.9 peratus" yakin bahawa pindaan perlembagaan untuk tujuan itu tidak diperlukan.

Lim ketika memberi keterangan kepada PSC berkata, jika pindaan itu hendak dijalankan, semua kesalahan pilihan raya juga boleh dimasukkan ke dalam perlembagaan.

Wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Khaw Lake Tee ketika ditanya dalam sesi sebelumnya turut menyetujui pandangan seperti itu.

Jelasnya, SPR perlu memperluaskan kuasa yang diberikan kepada badan itu untuk menjalankan pilihan raya bebas dan adil.

SPR dalam siri penjelasannya sebelum ini sering membangkitkan bahawa penggunaan dakwat kekal dibatalkan di saat akhir sebelum pilihan raya umum 2008 dijalankan atas nasihat Peguam Negara yang bimbang tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

~MK~

No comments: