REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, November 2, 2011

Eskay Sanggup Sumpah Kerana Mahu Kontrak Baja dari RISDA

Merujuk kepada Video keluaran YB Johari Abdul bertajuk "Video Seks - Itu Bukan Anwar", ada satu bahagian yang menjelaskan mengapa Eskay sanggup bersumpah.

Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi RISDA.

Dato Shuib Lazim pula (salah seorang Dato' K) adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Eskay.

Eskay pula telah menubuhkan sebuah syarikat membuat baja.

Mengikut YB Johari Abdul, Eskay memerlukan projek baja untuk syarikat beliau itu. Dato Shuib Lazim pula Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Rahim Thamby Chik adalah PENGERUSI RISDA. Ini bermakna Rahim berupaya untuk memberi Eskay dan Lazim kontrak membuat baja yang bernilai jutaan ringgit.

Sehingga ini, pendedahan YB Johari Abdul ini tidak berani disaman atau dinafikan oleh Eskay mahupun Shuib Lazim.

Bagi Tulang Besi, tak heran lah kalau Eskay sanggup bersumpah palsu atas nama Allah SWT. Balasannya adalah dalam bentuk kontrak2 yang berjumlah jutaan ringgit.

Begitu juga si SAiful Al Kazzab. Kalau poket nya sudah dipenuhi, apa dia nak takut pasal berbuat sumpah palsu?

Setakat yg TUlang Besi tengok tiada siapa di kalangan juak2 UMNO berani menafikan sumpah2 Eskay dan Saiful bukan sumpah palsu.

Skrg ni sumpah dah jadi mainan. Sesiapa sahaja boleh bersumpah. Soalnya adakah sumpah2 itu benar atau palsu?

Dalam kes Eskay dan Saifool, tiada bukti sumpah2 mereka ini benar.

~Tulang Besi~

No comments: