REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, November 4, 2011

meLAYU Bangang Saja Tak Nak Bahasa Melayu

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa keputusan untuk tidak meneruskan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad. Justeru, desakan supaya dasar berkenaan dikekalkan untuk dua tahun lagi sudah terlewat, kata Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran.

"Kabinet pada 2009 sudah buat keputusan PPSMI tidak akan diteruskan. Kita akan jelas satu persatu 'concern' ibu bapa dan bagaimana untuk menangani masalah ini di masa hadapan," katanya selepas merasmikan majlis perjumpaan dengan Guru-Guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru katanya, beliau mahu semua polemik berhubung isu itu dihentikan kerana kementerian tidak akan tunduk lagi pada sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

"Bagi kerajaan dan majoriti rakyat faham, sejak diumum pemansuhan dasar itu pada 2009 kita tidak menerima reaksi negatif, sebahagian besar terima baik.

“(Ini) termasuk apabila saya bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibincang dan dibahaskan, semua pihak setuju termasuk pembangkang, pada waktu itulah," katanya.

Muhyiddin mengulas desakan bagi pertubuhan bukan kerajaan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Tindakan Kumpulan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan PPSMI secara pilihan di sekolah.

Katanya, pemansuhan PPSMI tidak dilakukan secara terburu-buru atau berdasarkan politik, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara.

"Kementerian Pelajaran mempunyai cukup data dan maklumat tentang bagaimana PPSMI dilaksana, apa 'outcome' pelaksanaannya yang kita nilai dan kemudiannya memutuskan untuk memansuhkan dasar itu," katanya.

Menurut beliau, bantahan pihak-pihak berkenaan sebagai "sudah lepas tempoh" dan "ketinggalan zaman" memandangkan keputusan mengenainya telahpun dibuat sejak 2009 manakala dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) juga telah dilaksanakan.

Lebih penting, katanya, adalah soal peralihan dasar dan pelaksanaannya yang akan diumumkan esok.

Muhyiddin berkata, beliau akan membuat penjelasan terperinci bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana MBMMBI akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar itu.

~MK~

No comments: