REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, November 2, 2011

Nik Safiah Sokong Mansuh PPSMI

Tindakan sesetengah golongan Melayu yang masih membantah pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah tidak menggambarkan semangat jati diri sebagai bangsa Melayu, kata tokoh bahasa Melayu Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim.

Menurutnya, tindakan golongan itu didorong sifat kejahilan kerana tidak mengetahui sejarah kegemilangan bahasa Melayu sehingga mengagungkan bahasa lain.

"Saya selalu merungut dan sedih apabila orang Melayu sendiri menolak bahasa kebangsaan dan memilih untuk memuja bahasa Inggeris seperti yang berlaku sekarang iaitu berkenaan dasar PPSMI," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka.

Mengenai persidangan antarabangsa dua karya agung itu yang bertajuk 'Kerelevanan Citra dan Akal Budi Melayu dalam Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah Pada Hari Ini', Nik Safiah berkata kedua-dua karya agung itu relevan sehingga kini.

Beliau berkata kedua-dua karya itu menggambarkan sikap dan imej masyarakat Melayu sekarang melalui kontrak kesetiaan yang wujud antara raja Melayu dan rakyat Melayu pada zaman dahulu, sifat taat setia kepada raja yang dipegang oleh masyarakat Melayu, huraian tentang adat dan istiadat raja Melayu dan tradisi menuntut ilmu.

~Bernama~

No comments: