REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, May 10, 2011

Tembus Sarawak Dulu Baru Cerita Pasal "Perpaduan"

Tiap kali PAS nak adakan Pemilihan dalam Muktamar, Isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS akan berkumandang di corong-corong redio dan didada-dada akhbar terutamanya Media Phorno milikan KERAkaan Pusat.

Habis segala Ustaz-ustaz, Ustazah-ustazah, Mufti-mufti, Proffesor-proffesor, Cendekiawan-cendekiawan pro UMNO/BN diambil kira pandangan buah fikiran mereka berkenaan dengan Penyatuan UMNO dan PAS.

Geger sekelian pelusuk Negara 1Malaysia dengan isu ini.

Yang setuju (dengan penyatuan) dikatakan sebagai "cerdik" oleh Media Phorno manakala yang tidak setuju pula akan dicop sebagai "Pengkhianat Agama Islam".

Perkara ni bagi aku cukup-cukup normal bagi sebuah parti politik yang semakin hilang pengaruhnya di persada politik Negara 1Malaysia. Tiap kali UMNO lembik, mesti dia akan ajak parti yang kuat demi untuk menumpang pengaruh dan menguatkan kembali partinya yang semakin lembik.

Alasan yang sama - Demi Agama, Bangsa dan Negara.

Tiba-tiba DAP jadi parti jahat, tiba-tiba PKR jadi parti setan. 110% ahli UMNO malaikat semata-mata. Bekas Ketua Menteri yang rogol budak bawah umur 1 ketika dulu bukan ahli UMNO, yang raba pelayan kelab malam dulu bukan ahli UMNO, yang togak Anchor Beer dulu bukan ahli UMNO, yang joli Jack Daniel dekat Kelab Eksekutif dulu bukan ahli UMNO, yang kena tertangkap tengah mendoggie bini orang di Puchong bukan ahli UMNO, yang jadi pemegang saham terbesar syarikat arak bukan ahli UMNO.

Ahli UMNO bersih suci-sesuci Nur.

Presiden UMNO tak pernah tertangkap khalwat dengan artis di Port Dickson, isteri Perdana Menteri adalah seorang Muslimah yang 24 jam hidupnya berhijab. yang berpeluk dengan lelaki bukan muhrim itu bukan isteri Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sebab Presiden UMNO dan Isterinya adalah pasangan Ustaz dan Ustazah, Muslimin dan Muslimat contoh di dunia.

Tu cuma beberapa contoh yang dapat gua bagi untuk kita menilai apa dan siapa-siapa mereka-mereka yang berada dalam UMNO. kalau nak bersatu dengan UMNO, gua rasa tak payah nasihat pun tak pe, sebab pada gua, majoriti ahli UMNO menolak penyatuan dengan UMNO.

Yang lain gua tak mau komen sebab kalau gua komen, akan mendatangkan marah.

Kita balik pada parti Jahiliah Khurafat Khawarij - UMNO. kalau nak lebih lazat, boleh sebut UMphorNO.

Pada gua lah, daripada pimpinan tokak UMNO dok pikir macam mana nak ngajak PAS bersatu dengan UMNO, ada baiknya Pimpinan UMNO pikir macam mana nak bawak UMNO masuk ke Sarawak.

Setahu gua lah... UMNO ni selalu dicanang sebagai parti yang Maha Hebat di Malaysia, tanpa UMNO, Malaysia tidak akan maju sampai bila-bila, tanpa UMNO, rakyat Malaysia akan hidup melarat. tanpa UMNO, bangsa Melayu tidak akan kemana-mana dan akan sentiasa dalam kemunduran. tanpa UMNO, Malaysia dah lama dijajah.

Tapi tahukah anda semenjak Malaysia Merdeka dan Sarawak menyertai Malaya dan membentuk Negara Malaysia sehingga ke hari ini, UMNO MASIH TIDAK MEMPUNYAI WALAU 1 CAWANGAN pun di bumi Sarawak..!

Perkara ini bagi aku amat-amat memalukan Parti Keramat UMNO. ahli-ahli dan Pimpinan-pimpinan UMNO seharusnyaberasa malu dengan keadaan ini. korang (ahli UMNO) tak rasa kemaluan terbesar ke berdasarkan kepada fakta ni..?

Sebagai Parti yang diwar-warkan terhebat di Malaysia, UMNO patut berasa malu kerana selama ini, UMNO langsung tidak mempunyai walau 1 cawanganpun di Sarawak dan UMNO seumur hayatnya, tak pernah bertanding walau sekalipun dalam mana-mana Pilihanraya di Sarawak.

PAS, DAP dan PKR yang sering digambarkan sebagai parti "totok" oleh UMNO sekurang-kurangnya telah beberapa kali bertanding dan telah mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat di Sarawak. PAS walau tidak mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, setidak-tidaknya telah mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan di seluruh Sarawak termasuk di kawasan pedalaman yang didiami masyarakat orang asal.

UMNO ada..? tarak..? kalau tarak, jangan dok kecok kata UMNO hebat. UMNO sebenarnya lagi kokak dari PAS, PKR dan DAP. hangpa jangan dok loqlaq.

Jadi pada sekelian Pimpinan-Pimpinan UMNO, Penyokong-Penyokong Tegar UMNO, Ahli-Ahli UMNO dan Pencacai-Pencacai UMNO sekelian gua nak pesan...

Daripada lu dok pening-pening kepala nak pikir macam mana nak satukan UMNO dengan PAS, baik la lu pikir macam mana nak bawak UMNO masuk ke Sarawak. selagi UMNO tak dapat masuk Sarawak, lu rang tak yah nak bising-bising la pasal perlunya penyatuan antara UMNO dengan PAS sebab UMNO sebenarnya lebih kokak dan tokak daripada PAS, PKR dan DAP.

~TPU~

No comments: