REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, January 28, 2011

Kenaikan tol KL-Karak dan Pantai Timur Lepas Raya Cina?

Kerajaan hari ini mengumumkan pembekuan kenaikan tol untuk tempoh lima tahun di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (Fasa 1). Manakala tol konsesi Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini. Katanya, pembekuan dan penamatan konsesi tol itu dijangka berkuatkuasa setelah urusan dokumentasi pada Mei ini.

"Di samping itu, saya juga telah meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan yang lebih penting lagi tiada pampasan akan diberi oleh kerajaan untuk semakan tol tertunggak," katanya.

Menurut Najib, penutupan tujuh tahun lebih awal itu akan memberi manfaat kepada 39 juta pengguna jalan raya.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaiaan berhemah dalam isu tol," katanya.

Plus? Satu-satulah...

Pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, Najib juga menjelaskan keputusan itu berikutan permintannya kepada pemegang konsesi supaya mengkaji semula struktur tol sebagai langkah membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ditanya tentang kenaikan tol di lebuh raya utama lain, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Najib berkata, ia akan ditangani secara berperingkat.

"Nantilah dulu. Satulah-satulah. Ada peringkat-peringkatnya (kena buat). Saya ada banyak lagi nak umum ini," katanya berseloroh.

Diajukan soalan yang sama sekali lagi, perdana menteri menjelaskan perkara itu kini "dalam proses".

"Ini bukan (keputusan) tiba-tiba. Ini proses," katanya.

"Apa yang dah sedia, kita jalan dululah."

Sementara itu, diminta mengulas laporan stesen berita antarabangsa, CNN bahawa beliau menteri tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana dari negara teluk, Najib enggan mengulasnya.

"Saya tidak mahu komen. Itu (hal) Arab Saudi kan," katanya ringkas.

~MK~

No comments: