REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, January 24, 2011

Dah Diisytihar Kosong Kerusi Baru Terhegeh-hegeh Datang

Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media. ADUN Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni," katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Apabila DUN mula bersidang jam 10 pagi, kerusi ADUN Pelabuhan Klang itu - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu pada kira-kira jam 10.35 pagi dan mengadakan sidang media di luar. Dalam sidang media selepas itu, Badrul berkata beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari dari speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

~MK~

No comments: