REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, January 26, 2011

Anak Ajak Cik Den Debat Isu Felda

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung isu Felda.

Surat tawaran kedua itu telah telah dihantar ke Pejabat Felda Wilayah Segamat pada tengahari semalam oleh naib presiden ANAK Shamsul Bakri dan setiausahanya Zabidie Abas.

Tawaran itu merupakan kali kedua dibuat Anak, selepas kali pertama ditolak oleh Ahmad pada satu pertemuan kedua-dua mereka di parlimen pada bulan Julai tahun lalu.

Menurut Mazlan, debat kali ini akan memfokuskan kepada beberapa masalah utama dialami warga peneroka termasuk nasib generasi kedua dan ketiga Felda.

"Pihak Datuk Ahmad Maslan memainkan satu sentimen bahawa Pakatan Rakyat sebagai penghasut, pembawa fitnah dan memecahbelahkan masyarakat Felda.

"Tetapi kita ada fakta dan hujah yang boleh dipegaang," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Ahmad, diberi tempoh dua hari untuk menjawab surat tawaran tersebut yang kan diadakan pada 28 Januari iaitu dua hari sebelum hari pengundian 30 Januari.

Bagaimanapun, Mazlan menyerahkan kepada Ahmad untuk menetapkan tempat debat yang dirasakan sesuai kepadanya dalam Dun Tenang.

Sekiranya tiada jawapan daripada Ahmad, pihaknya akan menyediakan tempat bagi debat terbuka itu, katanya lagi.

Sebelum ini, Mazlan memberitahu terdapat desakan dari pihak peneroka sendiri yang mahu debat itu direalisasikan agar mereka mendapat penjelasan sebenar dari timbalan menteri itu berhubung masalah mereka.

Peneroka kata Mazlan, tidak berpuas hati dengan tindakan Ahmad sebelum ini yang menolak tawaran debat pertama yang dikemukannya.

Ahmad ketika kempennya kepada peneroka sebelum ini juga didakwa ada menyatakan debat pertama gagal diadakan ekoran Anak yang tidak mahu berdebat dan bukannya beliau tidak berani.

Ekoran itu, Mazlan mahu Ahmad menyahut cabaran kedua ini agar peneroka boleh menilai dan mendapat penjelasan sebenar.

~harakah~

No comments: