REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, January 25, 2011

Pedulikan Bangsa Lain Demi Islam

Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz beranggapan garis panduan untuk melaungkan azan tidak perlu ditimbulkan. Beliau juga berkata, tindakan melaungkan azan itu tidak memerlukan garis panduan memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara ini.

Wan Mohamad berkata demikian dalam satu jawapan melalui e-mel kepada Malaysiakini berhubung isu itu melalui pegawai perhubungan awamnya Asiah Alkharib Shah.

Wan Mohamad sebelum itu ditanya mengenai keperluan mengeluarkan garis panduan melaungkan azan seperti itu memandangkan kekeliruan berhubung amalan laungan azan masih timbul di kalangan masyarakat pelbagai agama di Malaysia.

Wan Mohamad juga ditanya sekiranya garis panduan seperti itu akan mengelakkan isu berkenaan terus berulang di masa hadapan.

Isu berkenaan juga timbul susulan tuntutan yang dikeluarkan pergerakan pemuda PAS Wilayah Persekutuan supaya pihak berkuasa agama mengeluarkan garis panduan berhubung laungan azan.

Isu laungan azan itu timbul berikutan tindakan seorang penduduk membuat aduan kepada jabatan perdana menteri mengenai laungan azan di Masjid Al Ikhlasiah berhampiran kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Aduan berkenaan kemudiannya menyebabkan beberapa NGO berhimpun bagi menyatakan bantahan ke atas tindakan pengadu berkenaan yang meminta laungan azan di masjid itu diperlahankan.

Pengadu berkenaan Ng Kian Nam kemudiannya memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya apabila menyedari aduannya itu mencetuskan kontroversi. Ng yang juga seorang peguam memberi alasan, beliau tidak dapat membezakan antara bunyi azan dan kuliah subuh.

~MK~

No comments: