
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha suruhanjaya tersebut menyatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan penubuhan suruhanjaya itu pada 26 Januari.
Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Teoh serta keadaan yang membawa kepada kematiannya. Suruhanjaya ini mempunyai tiga bulan dari 26 Januari, untuk menyiapkan siasatan mereka.
Ia diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Anggota lain termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; pakar perunding patologi forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri forensik yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Selain itu, Datuk Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya ini.
Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.
~MK~
No comments:
Post a Comment