REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, January 26, 2011

Dari PM, TPM sampai ke Timbalan Menteri Takut Debat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak cabaran presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di Labis hari ini.

Beliau berkata berkata Mazlan (bawah, kanan) boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.

ANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua enerangan Umno berkata parti itu dan BN menggunakan endekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk enarik pengundi.

Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi leh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan ematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat angkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

~Bernama~

No comments: