REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, January 29, 2011

Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu

Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.

Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam tadi.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu. Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

~MK~

No comments: