REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, January 23, 2011

MCA Parti Perkauman

Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan “agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa”, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada,” kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

“Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang,” katanya.

Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

Menurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan.

"Pengundi yang bukan Islam juga akan menyokong calon PAS," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi berkata, isu nasional dan tempatan akan diketengahkan sepanjang kempen bagi meraih sokongan pengundi di DUN itu.

DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.

~MK~

No comments: