Kini isu Interlok dah jadi isu perkauman yang hebat diperkatakan rakyat Malaysia terutama masyarakat India yang terlalu marah dengan beberapa perkataan yang terdapat dalam novel tersebut pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Namun Parti Pogresif Penduduk, Parti Makkal Sakti dan NGO Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) membuat gesaan sepaya novel tersebut dikaji semula kerana mereka melihat dari sudut perkauman bukan dari sudut nilai-nilai sejarah secara keseluruhan.
Atau kemungkinan ada barua PHD (penyakit hasad dengki) mana yang dengki Interlok dipilih untuk kegunaan selama 10 tahun membolehkan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain mendapat honororium yang dianggarkan melebihi RM500,000.
Di manakah parti UMNgOk yang membisu seribu bahasa apabila Setiausaha Agung MIC, Datuk T Rajagopali menggesa Kementerian Pelajaran melakukan perubahan dalam kandungan novel itu yang dijadikan buku teks sastera Tingkatan Lima.
Sehingga isu ini dimainkan, lima NGO iaitu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara membuat laporan secara bersama di Balai Polis Daerah Dang Wangi kerana isu pembakaran novel ini oleh sekumpulan penduduk di depan Dewan Sentosa, Klang.
Setakat ini hanya PERKASA melalui presiden kataknya iaitu Pak Brahim yang lantang memperjuangkan novel interlok ini dengan alasan mampuih pi lah kat masyarakat India. Kenapa nak sibuk-sibuk ikut mereka sangat.
Memang betul pula aku fikir kata Pak Brahim tu. Yang MIC nak kecoh-kecoh jadi juara masyarakat India kenapa? Takut undi kaum India lari kepada pembangkang? Lebih baik semua Menteri, timbalan menteri, YB-YB BN yang berketurunan India, NGO-NGO atau MIC jaga ekonomi kaum India seperti melawat keluarga-keluarga miskin dan hulurkan bantuan.
Aku rasa masih belambak orang India yang hidup miskin dan sekolah-sekolah jenis India yang perlukan bantuan kewangan dari mereka yang sibuk-sibuk perjuangkan hak-hak orang India ini.
Bukan aku nak cetuskan apa-apa perkauman cuma fikirlah sikit yang kita ni hidup 1Malaysia. Kata nak 1Malaysia, 1Bangsa jadi tak perlulah nak bikin ribut-ribut beb. Novel tu dah lama wujud tapi kenapa sekarang jadi isunya?
Penulis hanya melakarkan sejarah yang tepat dalam novel tersebut. Kalau dalam novel tersebut disebutkan orang Melayu sebagai KULI atau BARUA Inggeris tentu orang Melayu pun marah. Orang Cina sebagai peniaga yang mengaut keuntungan hasil bumi Melayu tentu orang Cina pula yang marah.
Jadi kita jangan pandang separuh jalan. Perlu lihat kepada keseluruhan cerita dalam novel tersebut. KERAjaan BN perlu tegas jangan mudah terikut dengan ugutan dan gesaan parti komponen semata-mata nak selamat dalam PRu13 tahun ini.
Sedangkan GAPENA pun mempertahankan Interlok inikan pula KERAjaan nak jahanamkan maruah Interlok semata-mata kepentingan politik. Biarlah apa kaum India nak kata yang penting bagi pandangan yang bernas agar mereka boleh terima apa yang tersurat dan tersirat dalam novel tersebut.
Yang pastinya SN Datuk Abdullah Hussain telah menghasilkan novel yang bukan sahaja bermutu di peringkat pendidikan negara malah menjadi isu negara 1Malaysia untuk memperlihatkan bagaimana peranan KERAjaan BN menangani masalah ini lebih 50 tahun dahulu sebelum merdeka lagi.
Tahniah Datuk yang telah membuka minda masyarakat Malaysia.
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment