Kini maruah umat Islam satu persatu telah tercemar secara drastik di era pemerintahan Murujib. Kalau kita perhatikan di zaman era pemerintahan PM-PM terdahulu, tak ada suara-suara sumbang yang berani melukai hati umat Islam.Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia dan ini telah dipersetujui oleh semua bangsa. Namun kita tetap membenarkan rakyat pelbagai kau bebas membuat perayaan masing-masing tanpa kekangan tetapi tetap dalam kawalan.
Inilah UMNgOk yang membuatkan rakyat bukan Islam takut dengan Islam kerana pemerintahan sekularisme. UMNgOk sendiri telah menghancurkan kedaulatan Islam. Oleh itu masyarakat bukan Islam pun semakin berani kerana adanya pelindung mereka.
Kes azan di lembah pantai baru-baru ini mengejutkan semua pihak kerana beraninya seorang peguam bukan Islam dipercayai dari MCA yang menghantar surat pemberitahuan kepada PM Murujib, Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Botak, Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Murujib iaitu Abdullah Mat Zain mana tindakan mereka yang rata-ratanya beragama Islam?
JAWI yang menguruskan hal ehwal agama Islam di wilayah pun tak dapat berbuat apa-apa. Yang lebai-lebai ni dapat bertindak ialah meminta pengurusan masjid perlahankan sedikit azan sejak Disember tahun lalu.
Azan ini dilaungkan untuk menyeru kepada kaum Muslimin menunaikan solat wajib. Jika azan dilaungkan sekadar kedengaran di dalam masjid nak buat apa?
Alasan yang mungkin orang bukan Islam berikan ialah bila azan berkumandang, masih ramai orang Islam berniaga di pasar-pasar malam, masih ramai yang minum di warung-warung, berlambak yang melepak di tepi-tepi jalan, yang sempat buat maksiat pun ramai. Pak Menteri pun ramai juga yang tak solat. Jadi apakah rasionalnya azan dilaungkan kuat-kuat?
Inilah bahananya Islam Hadhari UMNgOk selama 50 tahun lebih memerintah Malaysia mengikut Islam UMNgOk bukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Memang betul kata Dr Asri bahawa hanya benarkan azan berkumandang di corong speaker bukan bacaan al-Quran atau sebagainya. Tapi kes yang berlaku ini adakah disebabkan isu azan atau isu ceramah atau isu bacaan al-Quran atau isu apa-apa sahaja?
Bagi aku apa yang Dr Asri kata memang betullah sebab dia bekas mufti tentu lebih arif lagi dengan hal ehwal Islam. Pada pendapat aku pula, biarlah isu azan ini orang bukan Islam melihat secara rasional dan salah satu daripada syiar Islam.
Apabila perayaan orang-orang Cina dan India berarak di atas jalan-jalan siang atau malam sampai sesak laluan kereta dan mungkin menyusahkan orang-orang Islam, tak pula kita protes sebab kita menghormati perayaan mereka. Jadi perlunya tolak ansur dalam hal-hal keagamaan.
Yang paling penting Murujib dan Pak Menteri terutama RTM yang sentiasa menerbitkan isu-isu perkauman berhenti dan berikan kefahaman Islam yang betul kepada bukan Islam. Tapi tentulah Murujib dan segerombolan Pak Menteri kecut perut kalau orang bukan Islam tahu yang selama ini UMNgOk tidak mentadbir mengikut Islam yang sebenar.
Silap-silap PRU13 nanti ramai orang-orang bukan Islam yang memangkah Pakatan Rakyat kerana parti DAP yang begitu ekstrem dahulunya menentang PAS kini dapat berbaik-baik dan memahami apa itu Islam yang sebenar sehinggakan ada pemimpin DAP yang boleh membaca ayat-ayat Al-Quran.
Begitulah indahnya Islam yang dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk semua bangsa di Malaysia. Bersama kita hancurkan UMNgOk di bumi Malaysia dengan setia bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan KEADILAN dan ISLAM yang menjaga seluruh umat manusia di bumi Allah ini.
No comments:
Post a Comment